Realme yang kini merupakan sub-brand dari jenama Oppo tampil dengan acara pertama kali iaitu ‘Realme Fans Festival’. Acara ini merupakan program pertama kali yang di anjurkan oleh Realme bersama Shopee.

Dalam festival yang dianjurkan oleh Realme, dikatakan telefon Realme 2 Pro dengan variasi 8GB/128GB akan di jual dengan harga promosi daripada RM1099 kepada RM899. Promosi penurunan harga ini untuk masa yang terhad sahaja. Dan festival ini bermula hari ini 7 Mac 2019.

Foto: Witty Gadgets

Telefon ini di letakkan di dalam kategori mid-range atau mampu milik. Realme 2 Pro yang di kuasai Qualcomm Snapdragon 660 SoC dengan kapasiti RAM sebanyak 8GB dan simpanan dalaman sebanyak di antara 64GB ke 128GB.

Realme 2 Pro mempunyai kapasiti tenaga bateri sebanyak 3500mAh dan bateri ini dibina di dalam seperti bateri telefon iPhone dan Asus.

Foto: Hitech Century

Tambahan lagi di acara ‘Realme Fans Festival’ ini, Realme 2 Pro bagi telefon dengan variasi 4GB/64GB akan dijual pada harga RM699 dan manakala bagi variasi 6GB/64GB pula di jual pada harga  RM799.

Sememangnya fenomena ‘durian runtuh’ bagi peminat gajet dengan adanya ‘Realme Fans Festival’ ini!

Seperti yang telah dimaklumkan di atas, festival ini juga berkolaborasi bersama Shopee, dan sudah semestinya bagi yang ingin mendapatkan harga promosi dari acara Real Fans Festival ini adalah dengan membelinya secara dalam talian menerusi Shopee.

Foto: Lowyat.Net

Selain itu, acara ini juga mengeluarkan contest di samping menawaran promosi dan ini akan memberikan pelanggan bertuah berpeluang untuk memenangi tiket percuma gateway di salah satu dari dua hotel di Port Dickson iaitu Lexis Port Dickson atau Grand Lexis Port Dickson.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut layari laman web rasmi Realme dan Shopee. Dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan telefon idaman anda sementara stok dan promosi masih ada!