Octopath Traveler merupakan game RPG daripada Square Enix Nintendo Switch JRPG. Permainan RPG yang cukup popular dan kini syarikat ini menghasilkan prequel dari permainan RPG ini.

Permainan yang digelar sebagai Octopath Traveler: Champions of The Continent ini telah mula tersebar beberapa tahun yang lalu. Bagi yang inginkan game ini, anda boleh membuat pre-register pada laman web rasminya.

Foto: Mike Tendo64

Pada 12 Mac (hari ini), demo permainan ini telah dilancarkan. Dan demo ini hanya di dapati di Jepun sahaja.

Menurut petikkan artikel daripada Lowyat.net, akaun laman Twitter Octopath Traveler yang telah di alih bahasa oleh Gematsu menyatakan “Semua orang menanti console permainan terbaru ini. Kami memohon maaf tetapi pihak produksi akan mengambil sedikit masa lagi, oleh itu buat sementara waktu anda ini anda boleh mencuba permainan ini pada telefon bimbit pintar anda!”

Foto: Twitter Octopath Traveler
Foto: IGN

Jadi bagi yang ingin bermain permainan ini menggunakan console, anda harus menanti seketika akan keluarannya di masa akan datang. Tetapi anda tidak perlu risau kerana permainan Octopath Traveler bakal menggunakan Android dan iOS sebagai platformnya, jadi bagi pengguna telefon bimbit Android dan iOS sekalian, nantikan kemunculan game ini di platform gempak ini!