Niantic merupakan developer bagi permainan di dalam telefon bimbit pintar, kini telah bersedia melancarkan game terbarunya iaitu Harry Potter: Wizards Unite. Ia merupakan permainan telefon bimbit berkonsepkan augmented reality (AR) yang direka khas untuk permainan di dalam telefon bimbit.

Permainan ini mirip dengan permainan yang dihasilkan oleh Niantic iaitu Pokemon Go. Ia berpaksikan dengan konsep location-based yang akan berinteraksi terhadap pergerakan dan karakter si pemain di dunia realiti.

Berdasarkan apa yang dikongsi oleh Niatic ini, permainan AR Harry Potter: Wizards Unite mempunyai beberapa fokus utama iaitu interaksi terhadap makhluk, karakter, gameplay, dan storytelling.

Apa yang membuatkan permainan ini lebih menarik adalah, si pemain akan menjadi ahli baru bagi Statute of Secrecy Task Force yang ditugaskan untuk menyiasat malapetaka yang terjadi pada dunia Wizards ini.

Di dalam permainan ini terdapat tiga jenis kelas yang membezakan mengikut keistemewaan dan tugas yang tersendiri dan tiga kelas tersebut adalah Auror, Magizoologist dan Professor.

Malapetaka yang dimaksudkan di dalam permainan ini di kenali sebagai “Foundables”. Foundables boleh di temui jika si pemain melihat pada peta yang diberikan dan gerak kerja permainan ini mirip dengan Pokemon Go cuma yang berbezanya adalah si pemain harus memusnahkan atau meneutralizekan Death Eater atau Dementor.

Selain itu, di dalam permainan ini pemain yang menggunakan jampi akan dikenakan cas dengan Spell Energy, dan tenaga ini boleh dikumpul semula apabila si pemain memasuki mana-mana Inns yang di temui di dalam peta.

Tambahan lagi, pemain juga boleh mengumpul bahan-bahan untuk menghasilkan potions bagi membantu di dalam permainan ini. Untuk mendapatkan bahan-bahan bagi menghasilkan potion, pemain boleh menemui baha-bahan tersebut apabila peta yang memaparkan pelbagai tempat, cuaca dan masa serta greenhouses yang tertentu bagi mendapatkan bahan-bahan yang di ingini.

Malah pemain juga boleh melawat Fortresses di mana ia merupakan platform untuk mencabar peserta lain dengan real-time host.

Menyentuh tentang permainan baru ini, focus utama permainan ini adalah feature yang terdapat di dalam Wizards Unite ini yang di kenali sebagai Portkeys. Ia membolehkan pemain di transport ke pelbagai destinasi yang terdapat di dalam dunia Wizards secara 360 darjah augmented reality (AR).

Foto: Lowyat.Net

Walaubagaimanapun, Niantic dan WB Games masih belum menyatakan bila tarikh sebenar permainan ini akan dilancarkan.

Oleh itu, pemain boleh membuat pre-register yang terdapat di dalam Google Play Store. Dan jika anda bertuah, anda akan di jemput dan berpeluang merasai sendiri access program untuk mencuba permainan ini.