[GAMBAR] Kereta Kalis Peluru Mendiang Puteri Diana Dilelong. Ini Harganya!

379

Siapa yang tak kenal dengan salah satu puteri dari kerajaan England iaitu Puteri Diana? Meskipun mendiang sudah tak ada di dunia ini, tapi namanya terus dikenang hingga saat ini.

Boleh dikatakan apapun hal tentang ibu kepada Putera William dan Putera Harry ini selalu menarik untuk dibaca. Tak terkecuali berita yang baru-baru ini ramai jadi perbincangan umum iaitu mengenai kereta milik Puteri Diana yang dilelong.

Salah satu syarikat lelongan kereta antik bernama Bring a Trailer baru-baru ini telah melelong sebuah kereta Rolls-Royce Silver Spur Limousine keluaran tahun 1987.

Menurut laman Caranddriver, sedan berwarna hijau metalik tersebut ternyata milik Diana, sang Princess of Wales.  Kereta tersebut dinaiki Diana saat menghadiri acara amal Royal Gala Evening di Washington D.C., Amerika Syarikat pada tahun 1990.

Menariknya, meskipun kereta tersebut sudah berusia 32 tahun, tapi belum mengalami perubahan apapun sejak digunakan oleh puteri yang meninggal dunia pada usia 36 tahun itu.

Keaslian komponen pada mobil tersebut sudah dibuktikan, mulai dari sejarah pembelian, keaslian cat serta kereta ini tidak pernah mengalami kemalangan.

Kereta berwarna hijau itu dilengkapi dengan fitur canggih dan tentu saja keselamatan terbaik yang dihasilkan oleh bengkel terhandal di England, MacNeillie & Son of Wallsall, sebelum akhirnya dihantar ke Amerika Syarikat.

Tak hanya dilengkapi dengan tan leather dan sunroof, kereta yang dipesan secara custom oleh Kedutaan Besar England untuk perjalanan sang putri di Amerika Syarikat itu juga dilengkapi dengan penambahan komponen karbon dan kaca anti peluru.

Kereta tersebut juga dipasangkan dengan enjin sebesar 6.8 liter V8 turbocharger. Jarak perjalanan kereta ini pun dikatakan sangat rendah iaitu hanya 61 ribu km.

Selain kerana pernah dinaiki oleh Puteri Diana, kereta sedan mewah tersebut juga memiliki sejarah yang sangat menyentuh hati.

Ketika Diana berkunjung ke Grandma’s House iaitu tempat yang menampung anak-anak dengan HIV positif, Puteri Diana mengajak salah satu gadis penghuni tempat tersebut untuk naik ke dalam kereta ini.

Aksi tersebut tentu saja membuat ramai orang tersentuh. Makanya tak hairan kalau pemilik nama lengkap Diana Frances Spencer itu dijuluki sebagai Queen of Heart, karena kelembutan hatinya.

Nilai sejarah itulah yang membuat kereta tersebut ditawarkan dengan harga sehingga US$ 45,520 atau sekitar RM185,000. Namun, hingga kini belum diketahui siapa orang beruntung yang memenangikan lelang kereta milik Lady Diana itu.

Nah, itu dia penampakkan kereta anti peluru milik Puteri Diana yang mendapat penawaran lelong lebih dari RM185 Ribu meskipun usia keretanya sudah mencapai 32 tahun. Kalau anda ada  banyak wang, berminat tak?