Sementara menanti kemunculan telefon bimbit Motorola RAZR, kini muncul pula maklumat baru yang menyatakan telefon terbaru RAZR ini mungkin telefon mid-range fordable yang pertama dicipta dengan bantuan cip daripada Qualcomm Snapdragon 710.

Menurut petikan yang diambil daripada Lowyat.Net, laporan daripada XDA Developers berkongsi maklumat bahawa telefon ini dikuasai dengan cip Qualcomm Snapdragon 710 (SD710) yang di sokong dengan kapasiti RAM sebanyak 6GB dan 128GB kapasiti storan dalaman.

Foto: Trusted Reviews

Bagi kapasiti bateri pula, telefon ini mempunyai tenaga sebanyak 2730mAh dengan Qualcomm Quick Charge 4+. Meskipun kapasiti baterinya agak kecil tetapi ia mungkin boleh berubah sehingga ia di finalizekan.

Foto: Tech Shells

Selain itu, telefon ini juka di katakan mempunyai skrin berkeluasan 6.2 inci dengan resolusi 876×2142 pixel. Bukan itu sahaja, telefon ini juga mempunyai skrin kedua di bahagian luar telefon dengan aspek resolusi 600×800 pixel.

Dari segi kamera pula, masih tiada sebarang pencerahan buat masa kini. Di harap telefon mid-range ini akan dijual dengan harga yang murah serta pada masa yang sama Motorola RAZR yang baru ini akan muncul di pasaran Malaysia dengan cepat!