RED Hydrogen One telah memasuki industri gajet secara rasmi pada bulan November tahun lepas. Meskipun telah lima bulan berada di dalam industri gajet ini, telefon bimbit yang dipasarkan kurang mendapat sambutan dan ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Tetapi kekurang yang dihadapi tidak menghalang syarikat elektronik ini menghasilkan telefon “Versi Pro”.

Apa yang “Pro” nya di sini adalah, telefon ini telah mengalami transformasi mendadak pada fungsi kamera telefonnya.

Foto: The Verge

Jim Jannard, CEO syarikat RED berkongsi sedikit maklumat yang di post pada forum H4V yang menyatakan Hydrogen program yang sedang berjalan mengalami “perubahan radikal”. Dan dalam yang sama secara kebetulan pula RED menampilkan teaser modul Hydrogen One pada laman websitenya.

Foto: Lowyat.Net

Pada teaser yang dikongsi di laman tersebut, menampilkan imej beserta tajuk “Modules That Matter” dan pada sub tajuk pula tertera “Coming 2019”. Teaser ini merupakan hint tentang beberapa aspek spesifikasi telefon baru yang bakal keluar ini.

Foto: Android PIT

Perubahan spesifikasi yang paling ketara adalah pada lensa kamera telefon tersebut. Apa yang dikongsikan oleh CEO syarikat RED di forum tersebut cuma sedikit dan tidak banyak yang dapat dikongsikan disini.

Apa yang boleh dikatakan disini pencinta gajet bakal dikejutkan dengan Hydrogen One yang “alive and well” dengan beberapa major pengemaskinian yang berkaitan dengan telefon ini.

Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan produk dari RED ini di pasaran dan lihat sendiri akan keunikan telefon Hydrogen One “Versi Pro” di pintu outlet gajet!