Bagi gamers tiada apa yang lebih annoyed apabila sedang leka bermain game, tiba-tiba muncul pula iklan yang roaming! Boleh chaos jadinya. Tetapi kini ada berita baik buat gamers di seluruh dunia, Google mengumumkan tiada iklan bagi gamers yang membuat pembayaran In-App bagi game yang mereka main tersebut.

Foto: Kathln

Ini berikutan entry yang telah di postkan oleh syarikat tersebut di Ads Blognya, bagi mengenalpasti gamers yang telah membuat pembelian In-App pada game, sebuah feature daripada AdMob platform akan membuat jangkaan pengguna manakah yang bakal membuat pembelianIn-App dan pengguna manakah yang tidak membuat pembelian In-App.

Foto: Inverse

Dan penilaian jangkaan ini akan menutup iklan bagi pengguna yang dijangka bakal membuat pembelian In-App. Manakala bagi pengguna yang dijangka tidak membuat pembelian In-App akan melihat iklan seperti biasa semasa bermain permainan game online.

Foto: We Live Security

Tapi bagi yang tidak membuat pembelian In-App, anda tidak perlu susah hati kerana, ada sesetengah permainan yang anda main mempunyai sistem “Rewarded Products” melalui iklan, jadi ia bukanlah sesuatu yang teruk kerana melalui iklan tersebut anda mendapat rewards.

Foto: Venture Beat

Google akan berkongsi mengenai maklumat ini dengan lebih lanjut semasa Game Developers Conference (GDC) 2019 nanti. Ia merupakan event di mana pelbagai syarikat akan berkongsi pelbagai perancangan di dalam market dunia gaming kelak!