Permainan apa yang terbaru di Google Play Store sekarang ni ya? Haa, admin ada lima senarai permainan baru yang mungkin membuatkan anda teruja untuk memuat turun di dalam telefon bimbit!

1Tiles Hop: EDM Rush!

Foto: Google Play Store

Permainan ini membolehkan anda untuk upload dan menggunakan lagu kegemaran anda sendiri untuk bermain! Dengari rentak muzik EDM dengan EDM Rush di dalam telefon bimbit anda!

2Novoland: The Castle In The Sky

Foto: Google Play Store

Novoland ini merupakan top 3D bagi kategori MMORPG. Permainan ini memiliki tiga jenis bangsa serta enam unik kategori yang berbeza. Anda boleh membuat pemilihan mengikut citarasa anda sendiri. Jom jalani pengembaraan menjadi pahlawan dan bina jaringan anda melalui cross-server PVP battle!

3LYN: The Lightbringer

Foto: Google Play Store

Permainan berkisarkan ‘The Gods of Light and Darkness’. Ikuti pengembaraan untuk menjadi seorang hero yang bijak menggunakan strategi! Dan sertai pertandingan ‘Live Strategic’ dan jadi salah seorang yang pahlawan yang unggul melalui permainan ini.

4Pet Rescue Puzzle Saga

Foto: Google Play Store

Jom bermain bersama haiwan kesayangan dengan Pet Rescue Puzzle Saga! Cabar dan selesaikan puzzle yang unik demi menyelamatkan haiwan kesayangan yang comel-comel dan unlock haiwan peliharaan yang lain di sepanjang cabaran puzzle ini!

5Cooking Diary: Best Tasty Restaurant & Cafe Game

Foto: Google Play Store

Siapa kata permainan kulinari tak seronok? Permainan seperti ini amat menyeronokan tau. Malah, anda sendiri akan rasa teruja apabila mendapat tugasan sebagai chef! Dan bersemangat untuk menghidangkan makan yang enak-enak kepada pelanggan anda di cafe!

Jadi apa tunggu jom, muat turun permain-permainan terbaru di Google Play Store ini dan alami sendiri pengembaran serta cabaran bagi setiap tugasan yang anda pilih di dalam permainan di atas!