HP telah melancarkan HP Concept Store terbarunya di 1 Utama, pelancaran ini memberikan tumpuan kepada HP dengan konsep stornya sebagai tempat kerja serta tumpuan pelanggan yang bertarafkan kecemerlangan, keselamatan, keselarasan yang sesuai dengan gaya hidup serta cara kerja yang sihat.

Foto: HP Malaysia (Gedung baru di 1 Utama)

Gedung baru yang di naik taraf oleh IT One Superstore di 1 Utama ini, sememangnya memberi nafas baru kepada HP dan sekaligus memenuhi kehendak serta keperluan pengguna dengan fungsi dan inovasi di dalam gedung tersebut.

Foto: HP Malaysia (Gedung baru di 1 Utama)

Selain itu, bersempena pelancaran gedung terbaru ini, pelanggan HP Malaysia dapat menikmati promosi seperti dibawah sementara stok masih ada:

  • Potongan sehingga 50% bagi mesin cetak HP DeskJet Ink Advantage 2135 dengan harga RM99.
  • Manakala HP DeskJet Ink Advantage 2676 dijual pada harga RM159.
  • Potongan sehingga 50% bagi peranti PC HP.
  • Potongan 20% daripada Dakwat dan Toner Original HP dengan perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit tunggal.
  • Rebat serta-merta sehingga RM300 dan baucer beli-belah percuma dengan pembelian komputer riba HP 14 dan HP Pavilion 15.
Foto: HP Malaysia (Gedung baru di 1 Utama)
Foto: HP Malaysia (Gedung baru di 1 Utama)

Jadi bagi yang merancang untuk memiliki printer, membeli dakwat printer atau pun mencari komputer riba, mungkin anda boleh melihat-lihat dahulu tawaran yang diberikan oleh HP ini.

Dan dapatkan produk terbaik sementara stok masih ada di gedung-gedung HP di seluruh Malaysia.