Masalah kesuburan bukan hanya berlaku terhadap kaum wanita tetapi lelaki juga mempunyai potensi yang tinggi untuk menghadapi masalah kesuburan. Dan salah satu punca masalah kesuburan yang dihadapi adalah kerana radiasi.

Foto: Love Panky

Radiasi yang dimaksudkan di sini adalah dari telefon bimbit dan alat elektronik lain seperti komputer riba daan sebagainya. Radiasi yang terdapat di dalam alat-alat yang dinyatakan ini mampu mengganggu pembentukan sel sperma.

Foto: First Cry Parenting

Malah secara tidak langsung ia juga mampu mempengaruhi jumlah serta kualiti sperma akibat dari kesan radiasi yang terdapat pada ala-alat elektronik yang anda guna pakai setiap hari.

Foto: Android Authority

Bagi menghindari masalah ini elakkan meletak komputer riba di atas perut. Selain itu, antara faktor lain yang mempengaruhi aspek masalah gangguan sperma adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol serta ubat-ubatan yang tidak sepatutnya mungkin menjadi salah satu punca masalah gangguan tahap kesihatan sperma.

Oleh itu, jalani gaya yang hidup sihat dan elakkan mengguna serta meletakkan alat-alat elektronik di kawasan angota badan yang sensitif demi menjaga kesejahteraan anda serta pasangan.