Selepas Samsung Galaxy M20 memasuki pasaran Malaysia, kini Samsung Galaxy A50 dan Galaxy A30 menyusul tiba di pintu outlet di Malaysia. Kedua-dua jenis telefon bimbit ini telah diuar-uarkan sejak beberapa bulan yang lalu dan kini ia telah bersedia untuk menapak di dalam industri gajet di Malaysia.

Untuk makluman, telefon bimbit bagi Samsung Galaxy A50 akan dijual pada harga RM1199. Manakala bagi telefon bimbit Samsung Galacy A30 pula akan dijual dengan harga RM799.

Foto: Suara

Kedua-dua telefon bimbit ini memiliki keluasan skrin telefon sebanyak 6.4 inci dengan FHD+ Super AMOLED Infinity-U display. Dan dari segi kapasiti bateri pula, kedua-duanya memiliki 4000Ah tenaga bateri.

Apa yang membuatkan ia berbeza adalah dari segi aspek fungsi kamera. Galaxy A50 di datangi dengan triple rear kamera iaitu 25MP sensor, 5MP dan 8MP. Manakala Galaxy A30 pula di datangi dengan dual rear kamera iaitu 16MP dan 5MP sensor.

Foto: Kompas Tekno

Telefon baharu yang di keluarkan oleh Samsung ini sememangnya top notch dengan perisian cip daripada Exynos 9610 bagi Galaxy A50 dan manakala cip Exynos 7903 di gunakan pada Galaxy A30.

Foto: Amanz

Telefon bimbit Galaxy A50 akan mengeluarkan 6GB RAM dan 128GB kapasiti storan dalaman dan bagi telefon Galaxy A30 pula akan mengeluarkan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Jadi apa tunggu lagi, serbu outlet pilihan Samsung dan dapatkan telefon bimbit terbaru daripada Samsung ini segera!