Xaomi Black Shark 2 yang bakal memasuki pasaran Malaysia ini, memiliki spesifikasi yang cukup gempak dan unik. Mana tidaknya dengan aura serta reka bentuk ultra nya itu, sudah cukup memberikan impak dan menggambarkan ia merupakan telefon gaming!

Black Shark 2 ini memiliki dual rear kamera yang berada di bahagian atas di sebelah kiri telefon. Dan di dalam badan Black Shark ini memiliki tenaga bateri sebanyak 4000mAh.

Foto: Tech to review

Bukan itu sahaja, telefon ini juga di kuasai oleh cip yang berkuasa tinggi daripada Qualcomm Snapdragon 855. Ia merupakan enjin AI yang cukup sophiscated dengan getaran AI yang membolehkan telefon bergetar secara berbeza mengikut context.

Selain itu, featurenya yang unik dan menggemparkan membuatkan aspek gamingnya terserlah! Telefon ini diserlahkan dengan sentuhan feature 240Hz pada display telefon.

Foto: Mighty Gadget

Black Shark 2 ini memiliki skrin yang berkeluasan 6.39 inci dengan ratio 19:5:9 dengan AMOLED display. Dan di bahagian atas dan bawah telefon dilengkapi dengan sepasang stereo speaker.

Seperti yang sedia maklum, telefon Black Shark ini di datangi dengan empat jenis variasi RAM dan kapasiti storan yang berbeza serta tampil dengan tiga warna yang beza.

Foto: Lowyat.Net

Bagi variasi RAM yang pertama, ia di datangi dengan 6GB RAM dan 128GB kapasiti storan dalaman yang dijual pada harga RMB3199 (RM1942). Manakala bagi variasi RAM yang kedua pula, ia di datangi dengan 8GB RAM dan 128GB kapasiti storan dalaman yang dijual pada harga RMB3499 (RM2124).

Bagi telefon variasi RAM yang ketiga pula ia di datangi dengan 8GB RAM dan 256GB kapasiti storan dalaman yang kemudianya dijual pada harga RMB3799 (RM2306) dan bagi variasi RAM yang terakhir, telefon ini di datangi dengan 12GB RAM dan 256GB kapasiti storan dalaman yang dijual dengan harga RMB4199 (RM2549).

Foto: Tribun News

Dari aspek warna pula, telefon Black Shark 2 ini di datangi dengan tiga warna pilihan iaitu warna hitam, biru dan perak. Dikatakan dua warna ini (biru dan perak) mempunyai model storan sebanyak 256GB.

Apa-apa pun kita harus nantikan ketibaan telefon ini di pasaran dan pastikan anda simpan wang yang mencukupi jika anda bercita-cita untuk memiliki telefon Black Shark 2 ini.