29 Mac Pre-Order Oppo F11 Pro Dengan Harga RM1399 Akan Di Buka

41

Kini OPPO secara rasminya telah melancarkan telefon bimbit terbarunya F11 Pro dengan fungsi kamera yang lebih jitu dan unik serta cetusan inovasi yang di hasilkan oleh OPPO ini pastinya akan memberi satu pengalaman baru kepada peminat gajet di Malaysia.

Telefon terbaru ini F11 Pro ini memiliki speksifikasi kamera selfie di bahagian depan telefon ini, ia memiliki fungsi kamera pop-up dengan 16MP 1/3.1 inci sensor dan f/2.0 pada lensanya. Fungsi ini membolehkan F11 Pro memberi hasil gambar yang cukup hebat.

Foto: Droid Sans

Di tambah pula dengan keluasan skrin berukuran  inci Full HD+ LTPS display tanpa sebarang gangguan!

Bagi kamera di bahagian belakang pula ia memiliki 48MP f/1.7 dan 5MP f/2.4 serta ia juga memiliki fungsi Ultra Night dan Dazzle Color Mode yang mampu menarik peminat fotografi tegar untuk jatuh cinta pada fungsi kamera F11 Pro ini.

Foto: Ultimate Pocket

Selain itu, Telefon ini dikuasai oleh MediaTek Helio P70 sebagai cip prosessornya. F11 Pro ini dilengkapi dengan 6GB RAM dengan kapasiti dalaman sebanyak 64GB dan telefon ini juga memiliki fungsi persembahan feature yang optimum denagn Hyper Boost khas bagi 11 games termasuk PUBG Mobile dan Arean of Valor.

Foto: Inet Detik

Manakala bagi aspek bateri pula, ia memiliki 4000mAh kapasiti bateri dengan VOOC Flash Charge 3.0 yang mampu memberikan pengecasan yang pantas dalam tempoh 80 minit!

Telefon ini mempunyai dua warna iaitu Thunder Black dan Aurora Green dan telefon ini akan memasuki pasaran Malaysia bermula 30 Mac 2019 ini dengan harga RM1399.

Bagi yang ingin mendapatkan telefon ini secara pantas, anda boleh membuat pre-order pada 29 Mac 2019 ini menerusi Lazada, Shopee, SenQ, SenHeng, di laman web rasmi milik OPPO Malaysia dan di seluruh outlet OPPO yang ada di seluruh Malaysia.