Instagram baru sahaja melancarkan feature terbarunya yang di kenali sebagai Checkout. Platform ini merupakan built-in feature di dalam Instagram, fungsi Checkout ini membolehkan penggguna Instagram untuk membeli-belah tanpa keluar dari aplikasi sosial media tersebut.

Instagram Checkout menyenaraikan lebih kurang 20 jenama yang bekerjasama bagi menjayakan Instagram Checkout ini. Antara jenama-jenama yang berkolaborasi bersama adalah Nike, Adidas dan Uniqlo.

Foto: Instagram

Checkout akan mula memproses apabila pengguna tekan mana-mana produk yang telah di senaraikan pada shopping post tersebut. Kemudian pengguna akan di bawa ke page seterusnya yang menampilkan pelbagai pilihan produk. Dan butang Checkout pula terletak di bahagian bawah page tersebut.

Sebelum membuat pilihan, pengguna harus melengkapkan maklumat seperti alamat penghantaran serta pemilihan pembayaran. Buat masa ini feature Checkout ini hanya memiliki proses pembayaran melalui kad kredit dan PayPal.

Setelah selesai mengisi segala maklumat yang diperlukan, pengguna boleh membuat pemilihan dan terus membuat pembelian serta pembayaran. Bagi mengesan produk yang dibeli, pengguna dapat mengesan shipment produk menerusi aplikasi Instagram Checkout ini. Pengguna akan mendapat notifikasi mengenai retail shipment yang telah di pesan.

Foto: Tech Crunch

Buat masa sekarang, feature Instagram Checkout ini hanya berfungsi di United State sahaja. Dan masih belum ada sebarang maklumat bila fungsi feature ini boleh di gunakan secara global. Sama-samalah kita nantikan maklumat terbaru dari Instagram nanti.