Wah-wah nampaknya bulan April ini bakal di meriahi dengan kehadiran pelbagai telefon baharu di pasaran. Selepas Xiaomi Black Shark dan OPPO, kini Realme pula memasuki tirai industri gajet dengan kehadiran telefon bimbit terbarunya iaitu Realme 3 pada 6 April nanti.

Kali ini Realme 3 akan dijual bawah RM1000 dan ianya pasti membuatkan peminat gajet tak keruan melihat harga mampu milik ini!

Foto: Digit

Mana tidaknya, Realme 3 ini di datangi dengan dua jenis variasi RAM yang unik. Pertama ia memiliki kapasiti RAM sebanyak 3GB dengan 32GB kapasiti storan dalaman. Telefon bagi variasi yang pertama ini akan di jual pada harga RM599.

Bagi variasi RAM yang kedua pula ia memiliki kapasiti RAM sebanyak 4GB dan 64GB kapasiti storan dalaman. Untuk pengetahuan anda telefon bagi variasi kedua ini dijual pada harga RM699!

Foto: The Mobile Indian

Kedua-dua variasi RAM ini dijual pada harga yang cukup appealing! Oh, ya untuk pengetahuan anda, Realme 3 ini memiliki kapasiti bateri sebanyak 4230mAh serta memiliki dua memori dan pilihan storan.

Dari segi operasi sistem yang digunakan oleh Realme 3 ini, ia menggunakan ColorOS 6 UI yang diperkasa dengan Android 9.0 Pie. Selain itu, telefon ini juga di kuasai dengan cip daripada MediaTek Helio P60!

Foto: Inet Detik

Manakala dari segi fungsi kamera pula, kamera bagi bahagian belakang memiliki 13MP + 2MP dual kamera setup dengan fingerprint sensor. Dan kamera di bahagian hadapan pula memiliki 13MP dengan hasil teardrop notch!

Realme 3 tampil dengan keluasan skrin 6.2 inci dengan HD+ display dan telefon ini juga hadir dengan tiga warna unik iaitu Classic Black, Dynamic Black dan Radiant Blue.

Foto: Tekno Tempo

Bagi yang rasa tak sabar untuk memiliki Realme 3, anda tidak perlu gusar kerana pada 27 Mac ini, Lazada akan membuat Flash Sale bagi Realme 3 variasi 3GB/32GB. Apa yang menarik, pada hari pembelian berlangsung, anda dapat RM50 pengurang harga dari harga asal telefon RM599 yang akan jatuh pada RM549 nanti!

Jadi save tarikh 27 Mac untuk jualan Flash nanti dan dapatkan telefon Realme 3 menerusi Lazada!