Mengikut laporan daripada The Korea Herald, Samsung akan melancarkan telefon terbarunya Samsung Galaxy S10 dengan fungsi jaringan 5G pada bulan April ini nanti. Dan sekaligus Samsung juga akan mengadakan roadmap bagi membuat promosi telefon ini.

Samsung Galaxy S10 5G ini akan berada di ke semua outlet-outlet yang di iktiraf oleh Samsung serta retailer online stor dan juga kedai telefon bimbit di Korea Selatan. Menariknya, bagi keluaran telefon Galaxy S10 5G ini, Samsung tidak mengambil sebarang pre-order.

Foto: Pocket Now

Ini kerana Samsung akan mengadakan promosi campaign yang akan menawarkan servis serta produk seperti Galaxy Bud, charger wireless, atau 50 peratus vaucer diskaun bagi penukaran skrin khas untuk pelanggan yang membuat pendaftaran bagi telefon ini pada 5 April dan 16 April.

Foto: Daily Express

Telefon Samsung Galaxy S10 5G ini akan memberikan jaringan telekomunikasi serta internet 20 kali lebih pantas daripada penggunaan 4G. Pengguna akan dapat melihat sendiri nanti akan kepantasan fungsi network, fungsi berkongsi jaringan, kepantasan streaming, 4K video call dan persembahan online gaming yang optimum!

Pada bulan April ini, Korea Selatan akan melancarkan telefon ini di pasaran mereka dahulu sebelum memasuki mana-mana pasaran yang lain. Jadi sama-samalah kita nantikan telefon ini tiba di pasaran Malaysia!