CEO Apple Tim Cook mendedahkan servis “hardware” terbaru di dalam satu majlis baru-baru ini. Ia merupakan Kad Kredit yang di dedahkan semasa majlis tersebut berlangsung.

Ianya bukanlah seperti mana-mana standard kad plastik yang ada, apa yang Apple cuba tampilkan adalah Apple menggunakan material yang berlainan dalam penghasilan kad kreditnya.

Foto: Redmond Pie

Kad kredit tersebut mengandungi premium material iaitu titanium. Apa yang menarik tentang kad kredit ini adalah ia hanya memiliki nama pemilik pada kad tersebut. Jika di lihat pada kriteria yang terdapat pada kad kredit adalah seperti nombor kad, CVV sekuriti kod, tarikh tamat atau signature.

Tetapi kad kredit ini hanya terdapat nama pemilik sahaja dan kad ini merupakan projek Kad Apple yang berkolaborasi bersama Goldman Sachs dan Mastercard. Dengan adanya kad kredit ini, ia dapat membantu retailer yang tidak menyokong Apple Pay untuk membuat pembayaran.

Foto: The Verge

Dari segi fungsi kad pula, ia mengandungi salah satu fungsi iPhone proses. Sebelum anda ingin mendapatkan kad kredit Apple ini, anda perlu tahu bahawa kad ini hanya boleh di gunakan di United States sahaja.