Terlalu banyak produk yang di hasilkan dan di inovasikan untuk kegunaan yang lebih baik. Malah di antara produk-produk yang di hasilkan tersebut memberi inspirasi kepada manusia untuk lebih kreatif terhadap penghasilan produk berteknologi.

Siapa sangka cincin yang biasanya di gunakan sebagai aksesori akan di ubah suai menjadi gajet elektronik? Jom semak cincin-cincin elektronik yang unik dan canggih ini di bawah!

1Motiv Ring

Foto: Amazon

Motiv Ring ini merupakan salah satu produk yang sesuai di gunakan bagi pengguna iPhone dan Android. Motiv Ring mempunyai ukuran 8mm lebar dan ia di datangi dengan tiga warna iaitu rose gold, slate grey dan titanium silver.

Motiv Ring ini mempunyai fungsi fitness tracker yang memonitor pergerakan, jarak dan keaktifan si pengguna setiap minit. Selain itu, Motiv Ring ini juga memonitor kadar rate jantung dengan optical heart rate sensor yang terdapat di dalam Motiv Ring ini.

2Oura Ring

Foto: Wareable

Oura Ring merupakan sleep tracking yang dapat membantu memberikan data analisa tentang jadual tidur si pengguna. Oura Ring ini memiliki beberapa sensor dan optik infrared serta 3D accelerometer, gyroscope dan pengesan suhu badan si pengguna.

3McLear Smart Ring

Foto: McLear

McLear Smart Ring ini sungguh canggih kerana ia berfungsi sebagai token untuk si pengguna membuat pembayaran hanya menggunakan cincin ini di jari si pemakai! Cincin ini mempunyai fungsi NFC yang menghubungkan sistem contactless payment.

Cincin ini mesra Android dan iOS pengguna dan dengan menggunakan cincin ini, anda tidak perlu menggunakan kad lagi.

4NFC Opn Ring

Foto: NFC Ring

NFC Opn Ring ini memiliki fungsi yang hampir sama seperti cincin di atas, ia mampu membuat pembayaran dengan menggunakan cincin NFC Opn Ring ini. Cincin ini memiliki dua fungsi tag inlay.

Yang pertama ia berfungsi sebagai public information seperti contoh si pengguna mahu memberi alamat email dan yang kedua adalah perkara-perkara yang sensitif yang lebih peribadi seperti lock rumah pintar dan maklumat pembayaran.

Cincin ini merupakan produk yang kalis air dengan kedalaman sebanyak 50 meter. Selain itu cincin ini diseliputi dengan warna glossy black yang sesuai untuk di pakai baik lelaki mahupun wanita.

5Blinq Ring

Foto: Kickstarter

Blinq Ring ini berbeza dengan cincin yang lain, ia merupakan produk aksesori yang anggun dengan batu permata yang unik dan memukau si pemakai. Selain itu cincin ini juga di lengkapi dengan fungsi SOS dengan hanya tapping dan mesej akan di hantar kepada rakan atau keluarga dan sekaligus mengaktifkan butang tracking bahagian belakang batu permata tersebut.

Sememangnya cincin yang unik dan cincin ini juga kalis air dengan 48 jam ketahanan bateri! Sememangnya life saver!

6Go2Sleep Ring

Foto: Wareable

Go2Sleep Ring ini juga merupakan iOS dan Android friendy, ia memiliki pengesan untuk memonitorwaktu tidur, oksigen di dalam darah dan denyutan jantung si pemakai. Segala data yang di kesan akan di rekodkan.

Cincin ini di sokong dengan aplikasi artificial intellegence (AI) dan ia juga dapat mengesan masalah tidur yang di hadapi si pengguna.

7ORII Smart Ring

Foto: Kickstarter

ORII Smart Ring ini empat warna pilihan iaitu matte black, sandblasted silver, metallic dark grey dan armor red. Cincin ini memiliki fungsi seperti voice-read-out text mesej, notifikasi, fungsi pendengaran tanpa earbud di telinga. Sememangnya cincin pintar dengan kebolehan yang luar biasa!

Jadi mana satu cincin pintar elektronik pilihan anda?