Google secara rasminya telah melancarkan fungsi Accelerated Mobile Pages (AMP) khas bagi email. Feature ini di namakan Dynamic Email yang membolehkan pengguna email untuk berinteraksi dan mengendalikan platform tersebut tanpa perlu meninggalkan Gmail.

Foto: Mangools

Pada asalnya AMP ini di reka untuk membolehkan artikel dan laman web yang di lihat pada telefon bimbit menjadi mudah dan pantas. Dan kini Google akan menggunakan teknologi ini dan di masukkan fungsi tersebut di dalam Gmail untuk menjadikan platfrom mesej ini lebih interaktif.

Foto: The Keyword

Fungsi baru ini akan meliputi kebolehan RSVP program secara direct daripada mesej, urusan borang kaji selidik, stor katalog, atau membalas komen. Fungsi yang cukup menarik dan compact.

Foto: BGR

Fungsi ini sebenarnya telah digunakan secara meluas dan pelbagai syarikat telah pun menggunakan fungsi ini di dalam platform mereka seperti Pinterest, Booking.com dan redBus.

Dari segi sekuriti pula, segala yang carian yang berkaitan di enjin pencarian akan terus di hantar kepada dynamic email yang kemudiannya akan di tapis oleh Gmail. Selain itu, platform dari pihak ketiga seperti Outlook, Yahoo Mail dan Mail.ru juga akan menyokong fungsi feature daripada Google ini.