Menjadi seorang manusia yang dapat mencipta sesuatu ianya suatu rahmat dan jika ia digunakan demi kesenangan manusia, ia akan di ingati di dalam lipatan sejarah tentang penghasilannya.

Tetapi, bagaimana pula selepas penghasilan sesebuah hasil ciptaan tersebut, manusia alpa dan menyalahgunakan ciptaan tersebut dan memberi kemudaratan di dunia ini. Jom imbau lipatan sejarah teknologi dan lihat bagaimana teknologi tersebut di salahgunakan oleh manusia.

1Bom Atom

Foto: Habis Manis

Pastinya ramai yang tahu betapa dahsyatnya kekuatan serta kemusnahan yang di lakukan oleh bom atom ini. Bom yang paling menakutkan ini telah di gunakan semasa peperang berlaku.

Dan banyak nyawa yang tidak bersalah terkorban akibat dari penggunaan bom atom ini. Bom atom yang telah di cipta oleh J. Robert Oppenheimer yang merupakan professor fizik ini telah di salahgunakan oleh manusia.

Ia menjadi senjata mutlak demi mencapai kuasa dunia. Malah terlalu banyak nyawa terkorban demi mencapai kerusi yang bernama ‘kuasa’ ini.

2Kapal Terbang

Foto: Forum Day Break Game via (Fifth Air Force, Korea–A dramatic stop-action photograph shows nine high explosive missiles leaving the bomb bay of a U.S. Air Force 3rd Bomb wing B-26 light bomber over a Communist target in North Korea. The light bombers fly day and night combat missions, attacking key Red military targets including rail and road bridges, communication centers, supply-laden vehicles and troop and supply areas along the battleline.
AIR AND SPACE MUSEUM#: 84203 AC)

Kapal terbang yang digunakan sebagai pengangkutan udara yang melancarkan kehidupan seharian manusia ini, pasti ramai yang tidak terfikir tentang penyalahgunaan tentang penghasilan kenderaan udara tersebut.

Hasil ciptaan daripada adik beradik Wright iaitu Orville Wright dan Wilbur Wright ini merupakan pengangkutan yang popular di dalam lipatan sejarah sejak ia mula di hasilkan sehinggalah ke hari ini.

Tetapi sayang, kapal terbang yang di bina telah di guna sebagai pembawa senjata dan menjatuhkan bom semasa perang dunia kedua.

3Facebook

Foto: BBC

Sebagai salah satu platform sosial media terbesar di dalam dunia digital ini pastinya penciptanya tidak menjangka akan berlaku pelbagai masalah akan muncul di hadapan. Dan Mark Zuckerberg sendiri pada awal penghasilan Facebook adalah untuk membantu masyarakat kekal berhubung meskipun jarang memisahkan mereka.

Tetapi sejak platfrom ini berkembang dan semakin maju ke hadapan, pelbagai masalah di alam maya ini berlaku seperti pencerobahan data, hoaks, data peribadi tersebar dan pelbagai masalah lain berlaku.

Dan dari situ, pelbagai penyalahgunaan data tersebar. Jadi di mana silapnya? Mengapa platfrom yang memberi manfaat kepada manusia pada awalnya kini berubah menjadi sedemikian.

4Iklan Pop Up

Foto: Digitals Marketing Trends

Iklan pop up yang di hasilkan oleh Ethan Zuckerman ini telah di guna pakai sehinggalah ke hari ini. Iklan yang sering membuatkan pengguna laman web berasa jengkel dan rimas dengan kehadiran iklan yang tanpa henti.

Idea yang di berikan oleh Ethan ini, membolehkan iklan tersebar ke laman-laman carian pengguna. Strategi business yang memberi untung kepada syarikat tetapi dalam masa yang sama memberi zon bahaya kepada pengguna laman web.

Ini kerana di sebalik iklan-iklan yang muncul di laman sesawang tersembunyi pelbagai virus yang cuba memasuki dan mencuri data peribadi milik pengguna.

Jadi meskipun di awal penghasilan teknologi ini di hasil untuk kemudahan manusia, tetapi manusia sendiri juga yang menjadi punca ia di salah gunakan. Teknologi jika ia di salah guna, kesannya akan memberi mudarat yang tidak terhingga!