Hari ini 1 April secara rasminya telefon bimbit Black Shark 2 telah dijual di Malaysia. Dan pastinya ramai gajet-gajet hunter telah menunggu ketibaan telefon ini di outlet-outlet gajet bukan?

Kini telefon gaming ini boleh di dapati di outlet-outlet pilihan yang berdekatan dengan anda. Jom kita imbas kembali spesifikasi Black Shark 2 ini.

Foto: Tech Nave

Black Shark 2 mempunyai dua jenis variasi, yang pertama memiliki 8GB RAM dengan 128GB kapasiti storan dalaman yang di jual pada harga RM2499. Manakala bagi variasi yang kedua pula, telefon ini memiliki 12GB RAM dengan 256GB kapasiti storan dalaman dan ianya dijual pada harga RM2999.

Foto: Lowyat.net

Dari segi warna pula, telefon Black Shark 2 ini di datangi dengan dua warna pilihan iaitu Shadow Black dan Frozen Silver. Terdapat juga warna biru tetapi buat masa sekarang ia tidak dijual secara rasmi.

Foto: Tech The Lead

Untuk makluman anda, warna Frozen Silver dan Shadow Black boleh di dapati bagi telefon variasi 12GB RAM dengan 256GB storan sahaja. Manakala bagi telefon 8GB RAM dengan 128GB storan ini hanya memiliki warna Shadow Black sahaja.

Selain itu, telefon variasi 8GB RAM dengan 128GB storan dalaman ini telah mula dijual di pasaran hari ini dan manakala bagi telefon variasi 12GB RAM dengan 256GB storan dalam telah di buka untuk pre-order yang bermula hari ini sehingga 5 April 2019 ini.

Anda boleh mendapatkan telefon ini secara eksklusif di Shopee dan dapatkan bonus bagi 200 pembeli yang pertama dengan segera!