Setiap kali ingin login ke dalam mana-mana page pastinya anda perlu memasuki password bukan? Tetapi bagaimana anda mencipta password? Adakah anda menggunakan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, atau nama anda sendiri sebagai password?

Sebenarnya untuk menghasilkan password yang tinggi sekuritinya dan kuat ada dua aspek yang boleh anda lakukan untuk mencipta password yang kuat dan tinggi aspek keselamatannya.

Antara aspeknya adalah:

1Susunan Kata Kekunci

Foto: Graham Cluley

Untuk menghasilkan kata kekunci yang bagus, anda perlu cipta ayat atau kata kekunci yang berstruktur. Menurut CEO syarikat Crone Consulting LLC, Richard Crone berkata “Saat menghasilkan password yang bagus adalah bermula dengan membuat kata kekunci yang berstruktur”.

Richard juga menyarankan untuk menghasilkan password yang panjang dan pastikan password tersebut tidak mempunyai sebarang maklumat tentang diri anda.

Sebagai contoh anda boleh reka dan susun struktur ayat seperti ini “anggun ayu anggur ungu” menjadi password seperti ini “anggunayuanggurangu”. Menarik bukan?

2Gabungkan Nombor, Simbol Dan Huruf Besar

Foto: Skyhigh Networks

Setelah anda mencipta perkataan yang di ingini sebagai kata kekunci, anda gabungkan struktur ayat tersebut dengan nombor, simbol dan huruf besar. Dengan ini ia akan menjadikan password anda panjang dan juga kuat dari password yang pernah anda reka.

Anda perlu tahu dengan mencipta password yang panjang yang di sertakan dengan gabungan nombor, simbol dan huruf besar. Ini akan membuatkan password anda menjadi kuat dan menyukarkan si penggodam untuk menggodam akaun anda.

Susun struktur ayat yang bagus dan kemudian gabungkan elemen-elemen seperti yang telah dinyatakan di atas. Contoh, “Anggun1Ayu9_Anggur9Ungu3”. Dan banyak lagi sebenarnya kata kekunci yang menarik dan kuat yang boleh anda cipta.

Foto: Techie Gurus

Cuma anda perlu lebih kreatif dan jangan sesekali menggunakan sebarang maklumat berkaitan dengan diri sendiri seperti tarikh lahir, nama, nombor kad pengenalan dan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan diri anda. Kerana di khuatiri akan mudah di kesan oleh si penggodam.

Admin berharap tips-tips yang admin kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam menghasilkan password yang bagus, kuat dan bersekuriti ya!