Imej telefon jenama terkenal Motorola bocor di internet? Imej yang di render oleh OnLeaks ini menampakkan imej telefon keluaran terbaru daripada syarikat elektronik Motorola iaitu Moto G8.

Imej telefon terbaru dari Motorola itu memperlihatkan bahawa telefon tersebut memiliki tiga kamera utama di bahagian belakang telefon dan di bahagian hadapan telefon pula kelihatan kamera di dalam punch hole yang berada di dalam skrin telefon yang berkeluasan 6.2 inci dengan resolusi skrin HD+.

Foto: Tech Yorker

Tiga kamera utama di bahagian belakang telefon Motorola Moto G8 ini memiliki lensa kamera 12MP sensor dengan dual flash LED. Pastinya fungsi kamera menjadi salah satu feature yang menarik di dalam telefon Moto G8 ini.

Foto: Gear Open

Selain itu, berdasarkan imej telefon tersebut, telefon ini menggunakan USB-C port dengan 3.5mm headphone jack. Meskipun tiada maklumat rasmi daripada pihak Motorola mengenai telefon terbaru ini.

Foto: Lowyat.net

Ramai yang menjangkakan telefon ini dilengkapi dengan cip daripada Qualcomm Snapdragon 675 SoC dengan kapasiti RAM sebanyak 6GB dan mempunyai pilihan storan di antara 64GB dan 128GB.

Buat masa kini, tidak dapat disahkan bila telefon ini akan memasuki pasaran serta berapakah harga yang bakal di tetapkan. Oleh, sama-samalah kita nantikan maklumat rasmi dari Motorola nanti!