Mengambil gambar di tempat-tempat yang unik dan rare pastinya menjadi pilihan bagi pengguna sosial media tegar! Tetapi adakah gambar yang di ambil berbaloi sehingga sanggup membahayakan keselamatan diri?

Isu ini menjadi perhatian admin apabila seorang artis Korea, Sunmi tampil dengan muzik video terbarunya Noir yang menggambarkan betapa masyarakat kini sanggup mengambil gambar atau video dengan melakukan aktiviti yang berbahaya atau ekstrem semata-mata untuk mendapatkan ‘like’ yang banyak di sosial media Instagram.

Kesan dari gambar atau video yang telah di muat naik di dalam Instagram tersebut, beribu likes dan komen memenuhi inbox si pemilik Instagram tersebut. Dan aktiviti ini mendorong mereka untuk melakukan pelbagai aksi-aksi yang lebih ekstrem sehingga mampu membahayakan keselamatan diri sendiri demi mendapat puluhan follower dan subcriber.

Muzik video Noir yang di nyanyikan oleh Sunmi ini jelas menggambarkan sisi gelap pengguna sosial media yang cuba mendapatkan ‘like’ dan ‘subcriber’ atau ‘follower’ di Instagram dengan mengambil gambar atau video di tempat-tempat yang berbahaya atau melakukan aksi yang ekstrem.

Foto: Medium

Sesuai dengan tajuk lagunya Noir yang bermaksud gelap atau sesuatu yang berbahaya. Sunmi ingin menunjukkan kepada masyarakat betapa bahayanya aksi tersebut jika ianya sering dilakukan dan menjadi sebahagian dari gaya hidup pengguna sosial media jika ianya tidak di hentikan dengan segera.

Foto: Piknow

Jadilah pengguna sosial media yang bijak dan bukannya mengejar glamor yang sementara! Fikir-fikirkan, era sosial media kini akan menjadi tidak sihat jika anda memiliki gaya hidup seperti lagu “Noir” tersebut.

Gunakan platform sosial media yang ada untuk berkongsi maklumat, pengajaran atau momen terindah dan bukan sebaliknya.