Nokia tampil dengan keluaran telefon terbarunya iaitu Nokia X71. Telefon ini telah dilancarkan di Taiwan baru-baru ini. Apa yang menariknya adalah Nokia belum pernah mengeluarkan telefon Android yang memiliki punch-hole di bahagian hadapan telefon bimbit yang di dalamnya merupakan kamera pandang hadapan!

Foto: The Verge

Nokia X71 ini memiliki lensa kamera yang berukuran 16MP di bahagian kamera hadapan. Manakala kamera di bahagian belakang pula mempunyai lensa kamera sebanyak 48MP+8MP+5MP.

Bagi kamera kedua dan ketiga iaitu 8MP dan 5MP, kedua-dua lensa ini memiliki fungsi wide-angles dan depth sensor. Selain di bahagian belakang telefon ini juga memiliki pengesan cap jari yang berada betul-betul di bawah ketiga-tiga kamera tersebut.

Foto: All About Symbian

Telefon Nokia X71 ini juga memiliki skrin yang berkeluasan 6.39 inci dengan resolusi Full HD+. Telefon ini juga diperkasa dengan cip daripada Qualcomm Snapdragon 660 SoC. Selain itu, telefon ini juga mempunyai 6GB RAM dengan 128GB kapasiti storan dalaman.

Dari segi kapasiti bateri pula, telefon ini memiliki 3500mAh tenaga bateri dan telefon ini juga menggunakan Android 9 Pie yang merupakan Android One versi OS. Tidak lupa juga telefon ini memiliki audio jack dengan ukuran 3.5mm.

Foto: Igyaan

Nokia X71 ini telah dilancarkan oleh syarikat HMD Global di Taiwan. Dan di maklumkan harga yang dijual di Taiwan adalah TWD11900 atau dalam ringgit Malaysia adalah RM1574. Dan ini menjadikan telefon Nokia X71 termasuk di dalam kategori mid-range di pasaran gajet!

Dan dikatakan HMD Global ini juga bakal melancarkan Nokia 8.1 Plus tetapi ia bukanlah maklumat rasmi, jadi kita harus tunggu kenyataan rasmi dari pihak HMD Global dan berharap telefon baru ini akan memasuki pasaran Malaysia!