Sebelum ini perkhidmatan Nex.Life terhad di beberapa kawasan sekitar Kota Bharu dan Kuala Terengganu dan kini subdairi TM telah membawa masuk perkhidmatan hybrid home fiber dan 4G LTE mobile internet di Lembah Klang pula.

Foto: Soya Cincau

Menurut apa yang telah di postkan di laman sosial media Facebook, Nex.Life kini telah memilih beberapa kawasan di dalam Selangor dan Kuala Lumpur. Berikut adalah beberapa kawasa pilihan bagi perkhidmatan yang di tawarkan Nex.Life:

  • Ampang
  • Jelatek
  • Petaling Jaya
  • Damansara Damai
  • Kota Damansara
  • Sungai Buloh
  • Bandar Mahkota Cheras
  • Bandar Sri Damansara
  • Taman Sri Damansara
  • Desa Aman Puri
  • Taman Daya Kepong
  • Taman Gembira Kuchai Lama
  • Taman U-Thant
  • Prima Damansara
  • Bandar Sungai Long

Lokasi kawasan yang dinyatakan di atas adalah secara umum sahaja, untuk mengetahui maklumat terperinci anda boleh melayari laman web rasmi miliki Nex.Life dan melihat secara terperinci tentang senarai lokasi yang di pilih bagi perkhidmatan internet ini.

Foto: Lowyat.net

Bagi yang kurang mengetahui atau tidak mengetahui apa itu Nex.Life ini, ia sebenarnya merupakan syarikat yang memberi perkhidmatan internet dengan kombinasi 20Mbps internet bagi home fiber dan 4G LTE perkhidmatan internet di bawah satu plan.

Foto: Wiser

Dari segi harga bagi perkhidmatan tersebut adalah RM100 sebulan dan bagi pelanggan yang menggunakan Wi-Fi router mereka sendiri, Nex.Life membekalkan 500MB kuota untuk setiap bulan bagi penggunaan internet telefon bimbit yang berada di luar kawasan LTE.

Untuk ketahui mengenai Nex.Life lebih lanjut anda boleh melayari laman web rasmi dan melihat sendiri terutama di bahagian FAQnya untuk maklumat lanjut.